Please use this identifier to cite or link to this item: http://repository.psa.edu.my/handle/123456789/3595
Title: MEREKA BENTUK DAN MENCIPTA PERANCAH MUDAH ALIH UNTUK KONTRAKTOR SEDERHANA DAN KECIL MELAKUKAN TUGASAN YANG TINGGI
Authors: MUHAMMAD HAZEEQ BIN KHAIRI (08DKM19F2025)
MEGAT HAIKAL BIN MOHD ALFIAN (08DKM18F1200)
MUHAMMAD UZAIR (08DKM19F2006)
Issue Date: 2022
Publisher: POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Abstract: Scaffolding adalah peralatan yang digunakan di tapak pembinaan atau sebagai platform sementara yang digunakan oleh kontraktor untuk melaksanakan kerja di tempat tinggi. Biasanya kontraktor mesti mengupah lori untuk membawa perancah ke tapak projek. Kemudian, kontraktor mengambil masa yang agak lama untuk memasang perancah. Objektif projek ini adalah untuk mereka bentuk alat yang mampu menampung manusia melakukan kerja di tempat tinggi untuk kegunaan kontraktor kecil dan sederhana dalam sektor pembinaan. Selain itu, terdapat beberapa skop kajian yang telah ditetapkan dalam projek ini iaitu memudahkan pengguna membawanya menggunakan kenderaan seperti van dan kereta. Selain itu, pengguna boleh menggunakannya dengan mudah dengan membuka kaki dan melaraskannya ke ketinggian yang dikehendaki. Bahan untuk projek ini juga harus mempunyai ciri khas seperti kesederhanaan dan penjimatan kos. Berdasarkan kajian literatur yang dijalankan, plat besi tuang dan besi tuang adalah yang paling sesuai digunakan kerana ciri cirinya yang kuat dan tahan lama. Reka bentuk scaffolding adalah berdasarkan konsep meja lipat. Kami perhatikan konsep meja lipat ini boleh dilaksanakan dalam reka bentuk kami kerana ianya mengikut kehendak idea kami iaitu portable scaffolding. Kajian metodologi dijalankan untuk merancang proses penghasilan projek dengan menggunakan carta alir sebagai panduan untuk perancangan dan pengujian pengeluaran projek. Ujian itu dijalankan untuk menguji sama ada ia mampu menahan berat manusia dan mudah dibawa ke mana-mana. Ia boleh memuatkan berat sehingga 110 kilogram dan hasilnya menunjukkan bahawa perancah ini boleh menahan beban dan mudah dibawa ke mana-mana serta mudah diletakkan di dalam but kereta standard, seperti Myvi dan Proton Saga. Berdasarkan hasil analisis dan perbincangan yang telah dijalankan, dapat disimpulkan bahawa perancah mudah alih ini mencapai objektif yang telah ditetapkan. Kepentingan dan impak kepada pengguna ialah ia mudah digunakan dan menjimatkan tenaga dan masa kerana tidak perlu menyewa dan memasang perancah lagi.
URI: http://repository.psa.edu.my/handle/123456789/3595
Appears in Collections:Full Paper

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
REPORT SCAFFOLDING.pdf7.23 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.