Please use this identifier to cite or link to this item:
http://repository.psa.edu.my/handle/123456789/2676
Title: | EASY CLEANER |
Authors: | MUHAMMAD HARRIS BIN AZMI MOZREEN LIKI MUHAMMAD HARIZ BUSAIRI BIN HAILIZAM NURAZLINDA BINTI YAHYA@MUHAMMED |
Keywords: | DMP |
Issue Date: | Jun-2020 |
Abstract: | „Easy Cleaner‟ ialah alat pembersih habuk atau sesawang yang digunakan untuk membersihkan siling atau di sekitar dinding yang mencapai ketinggian lebih 3 kaki dengan menggunakan duster yang mempunyai suis on & off yang boleh memutarkannya kepada 360 darjah. Alat ini juga mempunyai batang di mana boleh dilaraskan sama ada panjang atau pendek serta terdapat tapak penampung habuk di bawah duster bagi memudahkan lagi kerja pembersihan habuk. Idea untuk menghasilkan projek ini kerana pengkaji mendapati pengguna yang ingin membersihkan habuk pada siling seringkali menghadapi masalah pembersihan pada tempat yang tinggi menyebabkan beban yang besar pada bahu dan lengan.Pengguna seperti pelajar, suri rumah & lain-lain juga sering menghadapi masalah yang banyak diperlukan untuk membersihkan habuk kerana menggunakan kaedah manual. Objektif kajian ini ialah menginovasikan produk yang ringan untuk mengurangkan beban pada bahu dan leher, membantu mengurangkan tenaga & masa untuk membersihkan siling dan merekacipta sesuatu alat alternatif untuk mengantikan batang kayu pada penyapu duster kepada batang yang boleh dilaraskan. Secara tidak langsung mengurangkan penggunaan alatan tambahan seperti tangga untuk melakukan aktiviti pembersihan di tempat yang tinggi. Kajian ini menggunakan kaedah pemerhatian, kualitatif dan borang soal selidik. Borang soal selidik ini dilakukan secara atas talian iaitu mengunakan „borang soal selidik‟ untuk proses pengumpulan data. Hasil analisis soal selidik, maka terhasillah “Easy Cleaner” dengan menambahbaik produk kepada produk yang lebih produktif dan fleksibel. Produk ini lebih mudah, jimat tenaga & masa seperti tidak memerlukan tangga sebagai alat tambahan. |
URI: | http://repository.psa.edu.my/handle/123456789/2676 |
Appears in Collections: | Full Paper |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
EASY CLEANER.pdf | 1.94 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.